Thursday 2 March 2017

Meneroka Manfaat Dan Khasiat Halia

Assalammualaikum wbt semua, apa khabar? Semoga anda semua berada di dalam rahmatNya inshaaAllah..😊
Hari ni kami ingin kongsikan Manfaat dan Khasiat Halia. Seperti yang diketahui ramai, halia sememangnya banyak digunakan di dalam masakan harian. Tapi tahukah anda yang halia terdapat pelbagai manfaat dan khasiat untuk kesihatan? Jom baca sampai habis ya, kami share kan info yang best mengenai Halia di dalam post kali ni.


Meneroka Manfaat Dan Khasiat Halia


1. Halia Dapat Mengekalkan Peredaran Darah Normal

Untuk pengetahuan anda semua, halia mempunyai manfaat yang tersangat besar pada organ dalaman manusia. Ianya kecil namum impaknya besar pada kesihatan kita semua. Halia mengandungi magnesium, zink dan kromium yang membantu bertindak untuk merangsang pelepasan hormon adrenalin dan juga mampu memperlebarkan pembuluh darah. Dengan itu, pengaliran darah akan semakin lancar, cepat dan mambantu meringankan kerja jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan. Ini membuktikan, Angio Jus dapat membantu untuk menurunkan tekanan darah dan mengekalkan peredaran darah normal dengan adanya kandungan halia di dalam Angio Jus.


2. Membantu Dalam Mengurangkan Loya

Mengikut kebiasaan, kita akan menggunakan makanan masam seperti asam boi untuk menahan dari muntah dan loya. Halia juga diketahui peranannya untuk membantu masalah mual-mual atau loya ketika menempuh perjalanan yang panjang. Ia terbukti dengan kajian kadet tentera laut, mabuk laut akan berkurangan apabila diberi serbuk halia. Selain itu, boleh juga amalkan Angio Jus untuk memulihkan mabuk dalam perjalanan dan loya semasa hamil, inshaaAllah..kita ikhtiar kan 😄


3. Mencegah Demam, Selsema Dan Masalah Pernafasan

Halia telah digunakan selama beribu-ribu tahun sebagai rawatan semulajadi untuk demam dan selsema di seluruh Asia. Kajian di University of Maryland Medical Center mendapati, untuk merawat demam dan selsema di kalangan dewasa, rendam dua sudu besar halia segar yang dicincang dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari. 
Halia bekerja keras dengan membantu proses pembersihan dan penyembuhan sistem respirasi kita. Halia sifatnya agak panas dan kelebihan ini tersangat membantu menghapuskan lendir dari paru-paru yang menjadi punca batuk. Minum air halia boleh melegakan tekak dan paru-paru, menyokong sistem imunisasi dan mengeluarkan lendir sekaligus menghilangkan masalah pernafasan. Selain itu, boleh ikhtiar dengan mengamalkan Angio Jus dua kali sehari, satu sudu besar pagi sebelum sarapan dan satu sudu besar malam sebelum tidur, inshaaAllah...Allah swt sembuhkan demam dan selsema. 
Testimoni Angio Jus dari Puan Hanim


4. Meningkatkan Penyerapan Nutrien Dalam Usus Dan Mencegah Barah Usus

Halia juga membantu untuk meningkatkan penyerapan nutrien penting dalam badan. Dengan itu, anda akan berasa kurang letih dan anda akan dapat melihat peningkatan dalam metabolisme dan pencernaan anda. Kajian juga telah terbukti, dengan pengambilan halia secara konsisten, halia mempunyai sifat melawan kanser dan dapat melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser kolorektal atau usus. Selain itu, kajian lain juga menemui makanan tambahan berbentuk halia boleh mengurangkan keradangan di dalam kolon.


5. Mengurangkan Kesakitan Dan Keradangan

Halia sangat kaya dengan pelbagai khasiat dan turut mengandungi gingerol di dalamnya. Gingerol berfungsi sebagai anti-inflamasi dan juga mengeluarkan aroma pedas yang harum. Perhatikan kandunan ubat anti radang pasti akan melihat gingerol ada dalam kandungan ubat tersebut. Kini anda tahu khasiat gingerol yang terdapat di dalam halia mampu membantu anda mengatasi masalah sakit radang atau kejang otot.


6. Halia Membantu Mengurangkan Kadar Gula Dalam Darah

Kajian terbaru mendapati bahawa serbuk halia mampu mengurangkan kadar gula dalam darah pesakit diabetis type 2. InshaaAllah, ini juga membuktikan bahawa Angio Jus dapat membantu anda mengurangkan kadar gula dalam darah. Ini adalah kerana, halia adalah salah satu bahan yang terkandung di dalam Angio Jus. Angio Jus mengandungi 100% ekstrak jus asli tanpa pengawet dan tanpa campuran air.

Terdapat juga penyelidikan yang dijalankan di Australia menemui halia sebagai bahan anti-coagulant yang sangat berkesan berbanding aspirin. Untuk pengetahuan anda semua, bahan anti-coagulant digunakan untuk merawat dan menghalang pembekuan darah yang berkemungkinan berlaku dalam saluran darah. Pembekuan darah ini boleh menyebabkan saluran darah tersumbat.

Arteri yang tersumbat akan menghalang darah dan oksigen untuk sampai ke bahagian tubuh badan yang lain seperti jantung, otak dan paru-paru dan kejadian ini sekaligus akan membawa kepada masalah stroke atau serangan jantung.

Sejak kebelakangan ini, masalah stroke dan serangan jantung tidak hanya dialami oleh golongan yang sudah berumur. Jumlah golongan muda berusia seawal 20an atau 30an yang mengalami serangan jantung dan stroke juga didapati meningkat.



Sangat menakutkan bukan? Oleh itu pengambilan Angio Jus secara konsisten boleh menjadi salah satu daripada perubatan alternatif untuk merawat pembekuan darah, inshaaAllah 😃 yang penting mesti ikhtiar, inshaaAllah Allah swt sembuhkan.

Semoga posting kali ini banyak memberi manfaat kepada anda di luar sana..wassalam 😍

Sumber

Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home