Thursday 13 December 2018

Blog Angio Jus Terbaru!

Assalammualaikum wbt semua, apa khabar? Harapnya anda semua sihat-sihat sahaja ya 😊

Di sini kami ingin memberitahu yang Angio Jus Blog sudah bersiaran di Wordpress. Jadi kami sangat mengalu-alukan anda untuk melawati blog kami yang terbaru di wordpress, silakan klik sahaja link πŸ‘‡

https://angiojushq.wordpress.com/

Terima kasih!


- Sarah Khalid

Labels:

Wednesday 14 June 2017

TESTIMONI KENCING MANIS PENGGUNA ANGIO JUS

Selamat petang semua πŸ’•

Lama kan kita tak share testimoni, jadi hari ni kita nak share sikit testimoni dari pengguna Angio Jus, Pn Itah dari Kulim, Kedah 😊

Baru lepas seminggu Pn Itah minum Angio Jus secara konsisten, bacaan kencing manis Pn Itah dari 14 turun ke 7.6, subhanallah..Alhamdullillah. Selepas tu pergi cek di farmasi pula, turun lagi ke 6.1, Allahuakhbar..

Sesungguhnya, kita hanya ikhtiar, Allah swt yang sembuhkan..but we have to take the first step, iaitu ikhtiar dan selepas itu baru kita doa & tawakal ya kan?
Jika anda juga ada masalah kencing manis, dan nak kita bantu anda, boleh whatsapp kami di 013 208 7807 (Sarah) atau klik link ini http://angiojushq.wasap.my/ segera ya 😍

Jom dapatkan Promosi Angio Jus di bulan Ramadhan ni ❀️

Testimoni Angio Jus dari Puan Itah, Kulim, Kedah

Labels: ,

Wednesday 17 May 2017

PROMOSI MENJELANG RAMADHAN

Promosi Angio Jus


Assalammualaikum wbt, just nak share & inform di sini mana tau ada yg berminat ada yg memerlukan..inshaaAllah

PROMOSI MENJELANG RAMADHAN

Nak sihat dan cergas di bulan Ramadhan? Nak beraya puas-puas sebulan?

Tapi risau kolesterol naik mendadak? Takut tak dapat nak beramal dengan sempurna di bulan Ramadhan dan beraya sepuasnya di bulan Syawal?

Jangan risau-risau ya, kami siap buat promosi menjelang Ramadhan, kerana kami sangat memahami yang anda semua nak sihat dan nak cergas inshaaAllah, kita ikhtiar kan, Allah swt yang memberi kesembuhan, apa yang penting mesti usaha betul?

Jom pm atau whatsapp kami laju2 untuk grab promosi ini!

Kak Liza : 013-207 7808
Sarah : 013-208 7807

Youtube : https://m.youtube.com/channel/UC0VNrdgOKU5EgXHAe07_ovA

#AngioJus #AngioJusHQ #AngioJusJantung #AngioJusKolesterol

Labels: ,

Sunday 9 April 2017

Ada LIMA Tips Untuk Turunkan Kadar Kolesterol Tinggi

Kolesterol Tinggi?

Ada LIMA tips untuk menurunkan kadar kolesterol tinggi! Nak tahu?

.
.
.
.
.
Okay kita share di sini ya...

Diantaranya adalah:-

1) Minum satu sudu besar Angio Jus disaat sarapan pagi dan sebelum tidur malam dapat menurunkan kolesterol tinggi.

2) Elakkan makan telur kecuali hanya bahagian putih telur sahaja.

3) Minum hanya susu rendah lemak.

4) Jika makan ayam atau daging, elakkan kulit ayam.

5) Mengubah cara masak yang menggunakan minyak masak dan gantikan dengan minyak zaitun atau dengan cara direbus.



Semoga bermanfaat πŸ˜„


Labels: , ,

Monday 27 March 2017

Penyakit Jantung adalah pembunuh No.1 di Dunia!!!

Penyakit Jantung adalah pembunuh No.1 di Dunia!!!


Faktor Risiko bagi penyakit jantung adalah, obesiti, diabetes, tekanan darah tinggi dan kolesterol.

Lebih daripada 17 Juta Rakyat Malaysia hidup dengan berpenyakit yang berisiko untuk mendapat serangan jantung dan strok. Angka dari Kementerian Kesihatan tahun 2011 menunjukkan terdapat 6.2 juta penduduk mempunyai paras kolesterol yang tinggi dan semakin meningkat. (Sumber: Malay Mail 12 Jun 2012).

Kematian disebabkan penyakit jantung dan strok dicatatkan di hospital kerajaan adalah 1/4 orang di Malaysia dan amatlah membimbangkan kerana angka ini meningkat setiap tahun.

Apakah penyelesaian semulajadi dan paling berkesan untuk penyakit jantung tanpa ubat-ubatan?


Angio Jus dapat mencegah dan menyelesaikan masalah penyakit jantung tanpa ubat-ubatan, tanpa pembedahan dan tanpa risiko. Angio Jus diformulasikan dari bahan-bahan yang digunakan dalam perubatan alternatif seluruh dunia berabad-abad yang lalu dan terbukti keberkesanannya.

Angio Jus adalah minuman campuran botani yang diformulasikan dari 100% ekstrak bahan semulajadi iaitu pati lemon, pati bawang putih, pati halia, cuka epal dan madu tanpa campuran air dan bahan pengawet. 

FORMULASI TERKINI telah ditambah baik dengan penambahan GAM ARAB (AL MANNA) untuk memelihara kesihatan ginjal (buah pinggang) dan sebagai prebiotik semulajadi.


Pengkelasan dari KKM mengesahkan Angio Jus adalah produk makanan / suplimen dan bukan ubat.



Angio Jus

KHASIAT ANGIO JUS

* Menurunkan kadar kolesterol dalam darah
* Menyingkirkan kolesterol dalam saluran jantung yang tersumbat
* Menyihatkan jantung dan mengelak dari serangan penyakit jantung dan strok
* Melancarkan perjalanan darah
* Mengimbangi paras glukosa darah
* Menormalkan paras tekanan darah
* Membuang angin dalam badan
* Melegakan sakit-sakit badan, gout dan arthritis
* Melapangkan pernafasan, melegakan semput dan asma
* Membuang kahak dalam kerongkong
* Melancarkan proses pembuangan dan melegakan sembelit
* Meningkatkan kesihatan usus dan menguatkan sistem imunisasi badan
* Merangsang keinginan seksual
* Mengatasi keputihan dan Ms V yang berbau
* Bertindak sebagai agen detox membuang toxin dalam badan



PENGAKUAN PENGGUNA SETELAH MENGAMALKAN ANGIO JUS


KOLESTEROL TINGGI DAN TANDA SAKIT JANTUNG
Saya ada masalah sesak nafas, sakit tangan sebelah kiri dan sakit dada. Dari keputusan stress test, doktor suspek saya ada masalah jantung, kolesterol tinggi sekitar 6.4. Dua minggu sebelum buat angiogram, saya mula minum Angio Jus. Hari yang nak buat angiogram tu, bacaan kolestrol turun jadi 4.2. Alhamdullillah, tiga saluran yang besar tak ada yang tersumbat. Semua sakit yang saya alami sudah tiada lagi. Saya masih mengamalkan Angio Jus pagi sebelum makan dan malam sebelum tidur.
- Pn Nor’ain Idris, KWSP

PEMBEDAHAN SALURAN JANTUNG DIBATALKAN
Saya telah mengalaminya, Angio Jus memang terbaik dan berkesan. Doktor mengesahkan tiga saluran jantung saya tersumbat dan memerlukan pembedahan. Alhamdullillah dengan izin Allah swt Angio Jus selamatkan saya dari pembedahan. Akhirnya segala pembedahan dibatalkan dengan asbab Angio Jus. 
- Dato’ Zaini Taha, Presiden KUSEL


PESAKIT JANTUNG DAN KENCING MANIS
Suami saya mengidap penyakit 3 serangkai dan telah menjalani prosedur Angio pada 27/10/15. Selepas pembedahan, masalah jantung masih bengkak, darah tinggi dan bacaan kencing manis 14 dan doktor mengarahkan suami saya untuk cucuk insulin 
4 kali sehari. Suami saya mula mengamalkan Angio Jus pada 28/12/15. Setelah mengamalkan Angio Jus selama 6 bulan, kesihatan suami saya semakin pulih, jantung bengkak sudah tiada, bacaan darah sudah stabil, buah pinggang ok dan untuk kencing manis bacaan turun kepada 5.4 dari 14 dan tidak perlu cucuk insulin lagi. Malah, tidak perlu mengambil ubat kencing manis lagi. Alhamdullillah dengan pengambilan Angio Jus berterusan, kesihatan suami saya sudah pulih, saya sangat terharu! Terima kasih Allah, terima kasih Angio Jus. 
- Pn Rahimah, Sg Besi


PESAKIT STROK
Mak saya kena strok 3 tahun terbaring di kerusi malas. Sebelum ini papah kat dinding bila nak berjalan. Sekarang Alhamdullillah dah tak pakai kerusi roda, tongkat pun tak mau pakai dah. Last mak buat physiotherapy, doktor cakap mak tak perlu buat terapi lagi. 
- Pn Shakiah, Gombak

PESAKIT JANTUNG, KENCING MANIS, DARAH PEKAT DAN PEDIH ULU HATI
Ayah saya dimasukkan wad akibat serangan jantung. Walaupun sudah discharged, bapa saya masih menderita akibat jantung lemah, kencing manis dan darah pekat. Selepas mengamalkan Angio Jus tak sampai satu botol, darah pekat mula ok, dari bacaan 1.3 terus naik ke 1.7, kencing manis pula turun kepada 7.3 dari 13. Alhamdullillah Angio Jus serasi dengan ayah saya. 
Kini ayah mentua saya dan suami saya juga mengamalkan Angio Jus. Suami saya ada masalah pedih ulu hati dan rasa macam tak lepas bila sendawa. Alhamdullillah hanya kali kedua minum Angio Jus, dia tak rasa sakit lagi. Sekarang saya mempromosikan 
Angio Jus pada makcik dan saudara-mara saya. Terima kasih Angio Jus. 
- Pn Izzaien, JB

KOLESTEROL TINGGI
Saya nak share pengalaman guna Angio Jus dengan semua. Alhamdullillah, kolesterol saya turun lagi kepada 3.6 dari 7.9, dan yang lain, bp dan gula ok maintain. Badan pun rasa sedap, orang kata ringan, berbaloi cuba Angio Jus. Terima kasih Angio Jus. 
- En Ab Ghani Mohammed, MARDI

Flyers Angio Jus
Flyers Angio Jus

Kepada anda yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang Angio Jus atau ingin order pada agen-agen kami, sila layari Rakan Niaga Angio Jus atau whatsapp kami di 013 208 7807.

Labels: , , , ,

Sunday 19 March 2017

Kebaikan Cuka Epal Dari Sudut Kesihatan

Salah satu daripada enam bahan yang ada di dalam Angio Jus adalah cuka epal. Seperti yang diketahui umum, cuka epal sememangnya mempunyai banyak khasiat. Ia digunakan di dalam pelbagai situasi termasuklah dalam rawatan demam dan selsema. 
Pengambilan cuka epal telah menjadi amalan di kalangan penduduk di benua Amerika Utara sejak dari dulu lagi. Namun, sejak kebelangan ini, ia telah tersebar ke benua-benua lain termasuklah Asia. Ada juga yang mengamalkan cuka epal untuk merawat kencing manis, masalah jantung, kolesterol tinggi, masalah berat badan dan pencegahan untuk kanser. 

Terdapat pelbagai khasiat cuka epal dari sudut kesihatan, untuk mengetahui dengan lanjut, jom baca sampai habis ya 😊 


Kebaikan Cuka Epal Dari Sudut Kesihatan


1. Mengawal Paras Gula Dalam Darah Di Kalangan Pesakit Kencing Manis

Cuka epal boleh membantu meningkatkan sensitiviti reseptor insulin terhadap hormon tersebut. Oleh itu, ia dapat mencegah paras gula dalam darah daripada meningkat secara tidak terkawal. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan di Arizona State University oleh Dr Carol S. Johnston, beliau mendapati pesakit yang mengamalkan pengambilan 2 sudu besar cuka epal sebelum tidur mampu menurunkan paras gula di dalam darah sebanyak 4%-6% pada keesokan pagi. Selain itu, Dr Carol S. Johnston juga telh mendapati pengambilan 20g cuka epal yang dibancuhkan dengan 40g air suam sebelum makan berupaya untuk menurunkan paras gula sebanyak 34%.

Berdasarkan kajian yang dilakukan di University of Tokyo juga telah mendapati asid asetik yang terkandung di dalam cuka epal berupaya untuk merencat aktiviti-aktiviti enzim-enzim pencernaan karbohidrat iaitu sucrase, maltase, lactase dan amalase. Akibatnya, tidak banyak karbohidrat yang akan diserap oleh usus dan sekaligus menghindarkan peningkatan paras gula dalam darah selepas makan. Oleh itu, dengan mengamalkan Angio Jus secara konsisten, akan membantu untuk mengawal paras gula dalam darah di kalngan pesakit kencing manis, inshaaAllah.

Testimoni Angio Jus dari Cik Puan Izzaien

2. Menurunkan Paras Kolesterol

Cuka epal dapat membantu menurunkan paras kolesterol jahat (LDL-cholesterol) dan lemak di dalam badan kerana ia boleh meningkatkan rembesan hempedu dan metabolissme lemak di dalam hati. Berdasarkan satu kajian di Jepun, ia mendapati bahawa mereka yang mengambil 15g cuka epal setiap hari boleh mengurangkan tahap kolesterol bagi orang yang terlibat di dalam kajian tersebut. Dengan ini, Angio Jus terbukti dapat membantu menurunkan kadar kolesterol di dalam saluran darah anda.

Testimoni Angio Jus dari Kak Rosnah

3. Membantu Membuang Toksin Daripada Badan

Cuka epal dapat membantu proses perkumuhan toksin daripada badan. Ini kerana ia dapat melancarkan fungsi hati untuk mendetoksifikasikan toksin dan asid asetik yang terkandung di dalam cuka epal boleh bergabung dengan toksin yang terkumpul di dalam darah untuk menyahtiksinkannya.

4. Melegakan Penyakit Resdung Dan Batuk

Asid asetik yang terkandung di dalam cuka epal dapat membantu mencairkan mukus dan bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh bakteria yang terkumpul di dalam saluran pernafasan.

5. Melancarkan Penghadaman

Asid asetik yang ada di dalam cuka epal juga dapat bertindak sebagai antibiotik untuk membunuh kuman yang berbahaya. Kandungan pektin yang tinggi di dalam cuka epal boleh merawat sakit perut yang disebabkan oleh kekejangan sistem penghadaman.

6. Membantu Melegakan Sakit Tekak

Dengan mengamalkan pengambilan cuka epal secara konsisten, ia dapat mencegah dan membantu melegakan sakit tekak. Ini kerana, tindakan asid asetik sebagai antibiotik dapat membunuh bakteria-bakteria yang menyebabkan radang tekak.

7. Meningkatkan Metabolisme

Kandungan postassium di dalam cuka epal dapat membantu meningkatkan tenaga dan menghindarkan badan daripada mudah berasa lesu. Di samping itu, cuka epal juga dapat menghindar pengumpulan asid laktik semasa bersenam yang boleh menyebabkan badan lesu dan sakit.

Secara ringkasnya, cuka epal ini mempunyai banyak kebaikan dan khasiat, terutamanya untuk kesihatan. Oleh itu, tersangatlah rugi bagi kita jika tidak memanfaatkan khasiat yang ada di dalam cuka epal ini. Dengan itu, amalkanlah Angio Jus setiap hari 😊

Hasil daripada kajian ini juga membuktikan sekali lagi bahawa Angio Jus dapat membantu menyelesaikan masalah kesihatan anda. InshaaAllah dengan mengamalkan Angio Jus secara konsisten, paras gula anda terkawal, paras kolesterol anda turun, sistem penghadaman anda juga lancar dan dapat membuang toksin daripada badan anda.

Kami berharap artikel ini membantu anda dalam apa jua situasi dan keadaan, semoga bermanfaat!

Sekian 😍

Labels: ,

Thursday 2 March 2017

Meneroka Manfaat Dan Khasiat Halia

Assalammualaikum wbt semua, apa khabar? Semoga anda semua berada di dalam rahmatNya inshaaAllah..😊
Hari ni kami ingin kongsikan Manfaat dan Khasiat Halia. Seperti yang diketahui ramai, halia sememangnya banyak digunakan di dalam masakan harian. Tapi tahukah anda yang halia terdapat pelbagai manfaat dan khasiat untuk kesihatan? Jom baca sampai habis ya, kami share kan info yang best mengenai Halia di dalam post kali ni.


Meneroka Manfaat Dan Khasiat Halia


1. Halia Dapat Mengekalkan Peredaran Darah Normal

Untuk pengetahuan anda semua, halia mempunyai manfaat yang tersangat besar pada organ dalaman manusia. Ianya kecil namum impaknya besar pada kesihatan kita semua. Halia mengandungi magnesium, zink dan kromium yang membantu bertindak untuk merangsang pelepasan hormon adrenalin dan juga mampu memperlebarkan pembuluh darah. Dengan itu, pengaliran darah akan semakin lancar, cepat dan mambantu meringankan kerja jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan. Ini membuktikan, Angio Jus dapat membantu untuk menurunkan tekanan darah dan mengekalkan peredaran darah normal dengan adanya kandungan halia di dalam Angio Jus.


2. Membantu Dalam Mengurangkan Loya

Mengikut kebiasaan, kita akan menggunakan makanan masam seperti asam boi untuk menahan dari muntah dan loya. Halia juga diketahui peranannya untuk membantu masalah mual-mual atau loya ketika menempuh perjalanan yang panjang. Ia terbukti dengan kajian kadet tentera laut, mabuk laut akan berkurangan apabila diberi serbuk halia. Selain itu, boleh juga amalkan Angio Jus untuk memulihkan mabuk dalam perjalanan dan loya semasa hamil, inshaaAllah..kita ikhtiar kan πŸ˜„


3. Mencegah Demam, Selsema Dan Masalah Pernafasan

Halia telah digunakan selama beribu-ribu tahun sebagai rawatan semulajadi untuk demam dan selsema di seluruh Asia. Kajian di University of Maryland Medical Center mendapati, untuk merawat demam dan selsema di kalangan dewasa, rendam dua sudu besar halia segar yang dicincang dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari. 
Halia bekerja keras dengan membantu proses pembersihan dan penyembuhan sistem respirasi kita. Halia sifatnya agak panas dan kelebihan ini tersangat membantu menghapuskan lendir dari paru-paru yang menjadi punca batuk. Minum air halia boleh melegakan tekak dan paru-paru, menyokong sistem imunisasi dan mengeluarkan lendir sekaligus menghilangkan masalah pernafasan. Selain itu, boleh ikhtiar dengan mengamalkan Angio Jus dua kali sehari, satu sudu besar pagi sebelum sarapan dan satu sudu besar malam sebelum tidur, inshaaAllah...Allah swt sembuhkan demam dan selsema. 
Testimoni Angio Jus dari Puan Hanim


4. Meningkatkan Penyerapan Nutrien Dalam Usus Dan Mencegah Barah Usus

Halia juga membantu untuk meningkatkan penyerapan nutrien penting dalam badan. Dengan itu, anda akan berasa kurang letih dan anda akan dapat melihat peningkatan dalam metabolisme dan pencernaan anda. Kajian juga telah terbukti, dengan pengambilan halia secara konsisten, halia mempunyai sifat melawan kanser dan dapat melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser kolorektal atau usus. Selain itu, kajian lain juga menemui makanan tambahan berbentuk halia boleh mengurangkan keradangan di dalam kolon.


5. Mengurangkan Kesakitan Dan Keradangan

Halia sangat kaya dengan pelbagai khasiat dan turut mengandungi gingerol di dalamnya. Gingerol berfungsi sebagai anti-inflamasi dan juga mengeluarkan aroma pedas yang harum. Perhatikan kandunan ubat anti radang pasti akan melihat gingerol ada dalam kandungan ubat tersebut. Kini anda tahu khasiat gingerol yang terdapat di dalam halia mampu membantu anda mengatasi masalah sakit radang atau kejang otot.


6. Halia Membantu Mengurangkan Kadar Gula Dalam Darah

Kajian terbaru mendapati bahawa serbuk halia mampu mengurangkan kadar gula dalam darah pesakit diabetis type 2. InshaaAllah, ini juga membuktikan bahawa Angio Jus dapat membantu anda mengurangkan kadar gula dalam darah. Ini adalah kerana, halia adalah salah satu bahan yang terkandung di dalam Angio Jus. Angio Jus mengandungi 100% ekstrak jus asli tanpa pengawet dan tanpa campuran air.

Terdapat juga penyelidikan yang dijalankan di Australia menemui halia sebagai bahan anti-coagulant yang sangat berkesan berbanding aspirin. Untuk pengetahuan anda semua, bahan anti-coagulant digunakan untuk merawat dan menghalang pembekuan darah yang berkemungkinan berlaku dalam saluran darah. Pembekuan darah ini boleh menyebabkan saluran darah tersumbat.

Arteri yang tersumbat akan menghalang darah dan oksigen untuk sampai ke bahagian tubuh badan yang lain seperti jantung, otak dan paru-paru dan kejadian ini sekaligus akan membawa kepada masalah stroke atau serangan jantung.

Sejak kebelakangan ini, masalah stroke dan serangan jantung tidak hanya dialami oleh golongan yang sudah berumur. Jumlah golongan muda berusia seawal 20an atau 30an yang mengalami serangan jantung dan stroke juga didapati meningkat.



Sangat menakutkan bukan? Oleh itu pengambilan Angio Jus secara konsisten boleh menjadi salah satu daripada perubatan alternatif untuk merawat pembekuan darah, inshaaAllah πŸ˜ƒ yang penting mesti ikhtiar, inshaaAllah Allah swt sembuhkan.

Semoga posting kali ini banyak memberi manfaat kepada anda di luar sana..wassalam 😍

Sumber

Labels: ,