Monday 30 January 2017

Pelbagai Khasiat Bawang Putih

Assalammualaikum wbt, dalam post kali ni, kami nak share kan sedikit sebanyak Khasiat Bawang Putih. Ramai yang kata baunya sangat menyengat, ada yang suka dan ada yang sebaliknya. Walaubagaimana pun, bawang putih sememangnya mempunyai pelbagai khasiat untuk tubuh badan kita. Mungkin disebabkan baunya yang mengancam, ramai yang tak ambil tahu apa khasiat bawang putih ni, jadi jom kita baca untuk mengetahui apakah khasiat atau manfaat bawang putih ini 😍



Pelbagai Khasiat Bawang Putih


1. Mencegah Pembekuan Darah

Bawang putih mempunyai sifat 'pembersih' dan ini membantu dalam membersihkan arteri dan vena sekaligus melancarkan aliran darah. Selain itu, ia juga dapat membantu meningkatkan nitric oxide di dalam darah yang akan membantu melebarkan pembuluh darah dan melarutkan darah yang beku.


2. Mencegah Kanser

Bawang putih membantu sistem imunisasi tubuh kita dan memiliki sifat melawan kanser secara semulajadi. Bawang putih mampu mencegah berbagai jenis kanser seperti kanser usus, kanser payudara, kanser prostat dan sebagainya. Bawang outih juga dapat membantutkan pertumbuhan sel kanser di dalam tubuh kita. Kajian dari The National Cancer Institute juga menyarankan agar mengamalkan bawang putih bagi mengurangi risiko untuk mendapat kanser.

3. Membantu Dalam Melawan Jangkitan

Bawang putih mengandungi allicin, vitamin c, B6, kalium, kalsium, selenium, magnesium dan flavonoid untuk melawan jangkitan kerana kandungan tersebut, dapat membunuh bakteria dan virus. 

4. Menstabilkan Bacaan Gula (Diabetes)

Bawang putih membantu untuk meningkatkan insulin dalam darah, dan sangat baik untuk diambil sebagai suplimen. Selain itu, bawang putih juga dapat membantu mengendalikan faktor-faktor lain yang akan menyebabkan diabetes, seperti kadar kolesterol, lemak di dalam pembuluh darah, tekanan darah tinggi dan juga sakit jantung. Dengan itu, bawang putih sangat efektif dalam menurunkan tekanan darah serta melambatkan perkembangan aterosklerosis sekaligus, meningkatkan kesihatan secara keseluruhan pada mereka yang mengidap diabetes. Ini juga membuktikan betapa Angio Jus sangat membantu mereka yang mempunyai penyakit tiga serangkai, inshaaAllah dengan mengamalkan Angio Jus secara konsisten, ia dapat menurunkan kadar kolesterol, menstabilkan bacaan tekanan darah dan menurunkan bacaan gula di dalam darah.

5. Mencegah dan Memulihkan Kerosakan Hati

Banyak Faktor yang menyebabkan kerosakan hati atau penyakit hepatitis. Di antaranya adalah virus, bakteria, parasit, bahan kimia, ubat-ubatan dan alkohol yang berlebihan. Bawang putih bersifat hepatoprotektif dan anti-bakteria, jadi ia dapat mencegah dan memulihkan kerosakan hati. Selain dari ubatan yang diberi oleh doktor, bawang putih boleh diambil sebagai suplimen kepada mereka yang mempunyai kerosakan hati atau hepatitis.

6. Mencegah Alzheimer

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh University of Missouri, memnunjukkan bahawa bawang putih dapat menghalang kerosakan sel otak yang disebabkan oleh stres. Bawang putih tidak hanya membantu melambatkan proses penuaan, tetapi ia terbukti sangat efektif untuk mencegah penyakit otak seperti alzheimer dan parkinson.

7. Mengurangi Risiko Serangan Jantung

Kandungan allicin yang terdapat di dalam bawang putih mampu menurunkan kadar kolesterol dan menstabilkan tekanan darah dan juga mencegah dari penyakit jantung dan strok. Dengan ini, bawang putih dapat meningkatkan kesihatan jantung kita. Jadi tidak hairanlah, Angio Jus dapat membantu mengurangkan risiko serangan jantung dan sekaligus meningkatkan kesihatan jantung anda, ini adalah kerana bawang putih adalah salah satu bahan yang ada di dalam Angio Jus. 

8. Menurunkan Bacaan Kolesterol

Meskipun hanya dalam jangka masa yang pendek, bawang putih dapat menurunkan kadar kolesterol jika diamalkan secara konsisten. Ini adalah kerana kandungan antioksidan yang ada di dalam bawang putih mampu mencegah terjadinya kolesterol dan kerosakan di dalam pembuluh darah disebabkan radikal bebas pada lapisan arteri.


Oleh itu, walaupun bawang putih mempunyai bau dan rasa yang menyengat, ia sangat baik untuk kesihatan keseluruhan. Dengan pelbagai khasiat dan manfaat bawang putih ini, tiada lagi alasan untuk menghindarinya. Bawang putih juga adalah salah satu dari bahan yang ada di dalam Angio Jus, dan ia sememangnya terbukti membantu dalam menyelesaikan masalah kesihatan mereka yang mengidapi penyakit jantung, kolesterol tinggi, diabetes dan bacaan tekanan darah yang tinggi.
Demikian sharing post dari kami untuk kali ini, semoga ia bermanfaat untuk anda semua. 
Kami sangat alu-alukan anda semua untuk share post ini dan kita berharap agar ia sampai kepada mereka yang memerlukan 😊 inshaaAllah..



Labels: ,

Sunday 29 January 2017

Manfaat Kulit Lemon

Assalammualaikum wbt, sebelum ni kami ada share Manfaat Lemon Untuk Kesihatan jadi post kali ini, kami nak share Manfaat atau Khasiat Kulit Lemon pula. Kulit lemon sememangnya banyak digunakan di dalam perubatan herba dan tradisional. Pada anda yang mungkin tidak mengetahuinya, baca sampai habis ya, mana tahu ia sangat bermanfaat untuk anda 😄



Manfaat Kulit Lemon


1. Meningkatkan Imunisasi Tubuh Badan

Buah lemon memang terkenal dengan kandungan vitamin c yang tinggi, kulitnya juga tidak terkecuali. Kulit lemon yang mengandungi vitamin c ini juga mengandungi antioksidan yang mampu menjadi perlindungan bagi tubuh dan membuat daya tahan tubuh menjadi lebih sihat.

2. Menurunkan Kadar Kolesterol

Kulit lemon juga membantu menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh. Ini kerana, kulit lemon mengandungi polifenol flavonoid yang sangat aktif membantu untuk menurunkan kolesterol LDL yang merupakan kolesterol jahat. Seperti yang diketahui, kolesterol akan menyebabkan penyumbatan pembuluh darah yang menjadi punca berbagai jenis penyakit serius seperti jantung, stroke dan tekanan darah tinggi. Selain itu, vitamin c yang tinggi dalam kulit lemon juga sangat baik untuk membersihkan pembuluh darah dan membantu peredaran darah menjadi lancar. Untuk pengetahuan semua, Angio Jus juga mengandungi kulit lemon, oleh itu sememangnya Angio Jus terbukti membantu menyingkirkan kolesterol di dalam pembuluh darah dan sekaligus membantu melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh badan.

3. Mencegah Kanser

Penyakit Kanser merupakan salah satu penyakit yang banyak meragut nyawa di dunia, termasuk juga Malaysia. Kulit lemon mengandungi komponen bernama salvestrol Q40 dan limonene. Komponen ini yang akan melawan sel-sel kanser yang ada di dalam tubuh. Selain itu, kandungan flavonoid di dalam kulit lemon sangat efektif untuk membantutkan perkembangan sel kanser. Oleh itu, kulit lemon sememangnya dikenali sebagai pencegah perkembangan sel-sel kanser, seperti kanser usus, kanser payudara, kanser hati, kanser prostate, kanser kulit dan kanser yang lain.

4. Meningkatkan Kesihatan Tulang

Di dalam kulit lemon juga mengandungi kalsium yang tinggi dan sangat baik untuk kesihatan tulang dan gigi. Selain dari susu, kulit lemon juga adalah salah satu sumber yang baik untuk mendapatkan kalsium. Setiap hari, kalsium akan terkikis perlahan-lahan dan akan dibuang melalui urin, dengan itu kepadatan tulang dan gigi akan berkurang seiring dengan berjalannya usia. Dengan ini tersangatlah penting untuk mengambil kalsium setiap hari. Kulit lemon telah terbukti membantu mencegah berbagai gangguan tulang seperti osteoporosis, osteoarthritis, polyarthritis inflamasi dan untuk mendapatkan tulang yang kuat.


5. Melancarkan Pencernaan

Kulit lemon juga mengandungi serat yang tinggi, ia sangat baik untuk melancarkan pencernaan. Serat ini juga akan menghindarkan dari sembelit yang membuatkan pencernaan tidak sihat.


6. Menjaga Kesihatan dan Kebersihan Mulut

Kekurangan vitamin c akan menyebabkan gangguan pada mulut, seperti gusi berdarah, radang gusi dan lain-lain. Kulit lemon mengandungi citric acid yang mencegah dari terjadinya masalah gigi dan gusi. 

7. Melawan Radikal Bebas

Radikal bebas akan menyebabkan kanser, penuaan dan merosakkan pembuluh darah dan ini akan menjadi punca terjadi masalah pada jantung. Mengambil kandungan vitamin c yang cukup dapat membantu meneutralkan radikal bebas secara semulajadi. Oleh itu, dengan mengamalkan pemgambilan kulit lemon membantu untuk melancarkan peredaran darah.

8. Merawat Kulit

Kandungan vitamin c dan citric acid di dalam kulit lemon juga sangat baik digunakan untuk merawat kulit. Kebanyakkan masalah kulit adalah pigmentasi, bintik gelap, jerawat dan sebagainya. Dengan kandungan vitamin c dan acid citric di dalam kulit lemon, ia membantu membersihkan pembuluh darah dalam tubuh dan menghilangkan semua kotoran yang ada dalam sel-sel kulit dan menyingkirkan sel-sel kulit mati. Kulit lemon juga mengandungi antioksidan yang bagus untuk detoksifikasi kulit dan menjadikan kulit lebih sihat.

9. Mencegah Obesiti

Selain dari vitamin c, citric acid, kulit lemon juga mengandungi komponen yang dikenali pectin, dimana fungsi utama pectin ini adalah membantu untuk menurunkan berat badan. Pectin memiliki sifat yang boleh mengubah ke bentuk jelly dan mencegah tubuh dari menyerap gula yang banyak. Dengan mengambil kulit lemon secara konsisten adalah sangat baik untuk tubuh anda and dapat mengelakkan dari penyakit serius seperti diabetes, strok, jantung dan tekanan darah tinggi.


Jadi terbuktilah, kulit lemon sangat bermanfaat untuk tubuh badan kita semua. Kulit lemon juga adalah salah satu bahan yang terdapat di dalam Angio Jus. Dengan itu, Angio Jus sememangnya dapat membantu menyingkirkan kolesterol di dalam pembuluh darah dan melancarkan peredaran darah anda.
Dengan ini, kami berharap sharing kami kali ini memberi manfaat kepada anda. Silakan share informasi ini sehingga sampai kepada mereka yang memerlukan, inshaaAllah. Sharing is caring kan? 😃

Labels: ,

Wednesday 25 January 2017

13 Manfaat Lemon Untuk Kesihatan


Assalammualaikum wbt, harapnya anda semua berada di dalam keadaan yang baik sahaja..

Okay hari ni kami nak share beberapa manfaat atau khasiat lemon untuk kesihatan. Kalau nak ikutkan memang terlalu banyak khasiat Lemon ni, jadi kami nak kongsikan sedikit sebanyak manfaat lemon ni ya. Mungkin ada yang tidak tahu apa manfaatnya kan? Jom baca sampai habis ya 😄

13 Manfaat Lemon Untuk Kesihatan


1. Vitamin C dan Berat Badan

Lemon ni sangat padat dengan khasiat Vitamin C. Berdasarkan kajian, pengambilan Vitamin C yang cukup akan membantu tubuh untuk memberi tindak balas kimia untuk memecahkan lemak dan digunakan sebagai energi. Jus lemon juga mengandungi Pectin, iaitu serat larut yang membantu dalam membakar lemak dan penurunan berat badan. Lemon juga membantu hati untuk menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak-lemak degil.

2. Melegakan Sakit Tekak dan Tonsilitis

Salah satu ciri-ciri lemon adalah anti-bakteria, dan ia membantu melegakan sakit tekak dan sangat bagus untuk mengatasi masalah tonsilitis. Dengan hanya minum jus lemon, ia membantu mengurangkan lendir dan kahak yang terhasil di dalam badan. Banyakkan minum air lemon yang dicampur dengan madu sepanjang hari, jika anda mengalami sakit tekak, selsema atau batuk berkahak yang berterusan. InshaaAllah, dengan ikhtiar minuman jus lemon dan madu ini, dapat membantu meredakannya.

3. Menstabilkan Tekanan Darah Tinggi

Kandungan Potassium di dalam lemon adalah sama dengan yang terdapatnya di dalam pisang. Potassium ini sangat baik diambil oleh mereka yang ada masalah jantung. Potassium membantu menstabilkan tekanan darah tinggi dan membantu mengurangkan rasa mual dan memberikan ketenangan kepada tubuh fizikal dan minda. Oleh itu, buah lemon sangat banyak digunakan untuk mengatasi stress pada minda dan sekaligus membantu mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi.

4. Menghalang Pembentukan Batu Karang

Dengan mengamalkan minuman air lemon setiap hari akan meningkatkan paras ciltrate di dalam urin. Berdasarkan kajian, ianya membantu melindungi tubuh badan kita daripada pembentukan batu karang di dalam ginjal (buah pinggang).

5. Menghentikan Pendarahan Internal

Lemon juga mempunyai kandungan antiseptik. Kandungan antiseptik di dalam buah lemon juga mampu menghentikan pendarahan internal dalam tubuh. Caranya amat mudah, celupkan kapas kecil pada air perahan lemon dan letakkannya di dalam hidung bagi menghentikan pendarahan yang ada pada hidung.

6. Melegakan Kegatalan

Seperti yang diketahui umum, lemon bersifat antiseptik dan dengan itu juga, anti-keradangan. Bukan itu sahaja, lemon juga dapat membantu melegakan rasa gatal yang digigit oleh serangga, dengan hanya menggosokkan jus lemon di kawasan gigitan.

7. Melawaskan Sistem Penghadaman

Pembuangan sisa pencernaan akan menjadi lebih mudah dengan pengambilan jus lemon secara konsisten. Jus lemon juga membantu dalam sistem perkumuhan, mengelakkan sembelit, cirit-birit serta melegakan simptom berkaitan kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.

8. Merawat Kesihatan Mulut

Jus lemon adalah sumber yang paling baik dalam membantu menghilangkan bau mulut di awal pagi. Jus lemon juga dapat membantu menyingkirkan rasa sakit gigi dan gusi. Lemon yang bersifat membersih, antibiotik dan antioksidan dapat membantu mengurangkan bau badan.

9. Anti Kanser

Berdasarkan kajian, aktiviti anti kanser oleh citrus liminoids, adalah sejenis kompaun yang melindungi dari kerosakan sel yang membawa kepada pembentukan sel kanser.

10. Menurunkan Demam Panas

Apabila rasa mula nak demam, terus minum air campuran jus lemon sebanyak yang mungkin, ia amat membantu menurunkan suhu demam panas dengan pantas.

11. Kandungan pH Yang Seimbang

Lemon bersifat asid, tetapi dengan kandungan mineral yang tinggi terkandung di dalamnya menyebabkan lemon bersifat alkali apabila masuk ke dalam tubuh badan, dan seterusnya membuang asid dan mengimbangkan kandungan pH di dalam badan kita.

12. Membersihkan Pembuluh Darah

Lemon mempunyai kesan 'pembersihan' yang baik. Lemon membantu untuk membersihkan pembuluh darah dari agen berbahaya yang timbul akibat gula berlebihan, alkohol dan cara pemakanan yang tidak seimbang. Oleh itu, tidak hairan lah mengapa Angio Jus juga mempunyai sifat 'pembersih' pembuluh darah dari kolesterol yang tersumbat, kerana, lemon adalah salah satu bahan-bahan semulajadi yang ada di dalam Angio Jus.

13. Detoksifikasi Racun Dalam Tubuh

Cara pemakanan yang tidak sihat juga dapat membahayakan tubuh badan kita. Dengan mengamalkan jus lemon secara konsisten dapat membantu menghilangkan racun tersebut dan mengeluarkannya dengan cara sistem perkumuhan.


Dengan segala manfaat lemon yang kami berikan di sini, terbuktilah keberkesanan Angio Jus yang dapat membantu menyelesaikan masalah kesihatan yang dialami oleh ramai orang di luar sana.
Semoga sharing pada hari ini dapat memberi manfaat kepada anda. Silakan share info ini ya, inshaaAllah akan sampai kepada mereka yang memerlukan.

Sumber

Labels: ,

Thursday 19 January 2017

Apa itu Angio Jus?



APA ITU ANGIO JUS❓

Angio Jus dikeluarkan oleh kilang yang dimiliki oleh MINTech Industries. Angio Jus "Campuran Minuman Botani" diformulasikan dari 100% pati lemon, pati halia, pati bawang putih, cuka epal, madu dan gam arab (Al Manna). Terbukti berkesan menyingkirkan kolesterol, cuci jantung tersumbat, untuk memelihara kesihatan ginjal (buah pinggang) dan sebagai prebiotik semulajadi, dijamin dari kualiti yang terbaik di pasaran. Formula 100% bahan asli TANPA campuran air dan pengawet. Jantung Sihat, Duit Jimat, Ginjal Selamat. 

Angio Jus Khas Untuk Mereka Yang Ada Masalah Seperti Berikut:

1. Kolesterol
2. Jantung Tersumbat
3. Sakit Dada
4. Strok
5. Gout & Arthritis
6. Kebas Kaki & Tangan
7. Bisa-bisa Seluruh Badan
8. Sembelit
9. Tidak Bersemangat Untuk Bersama
10. Kencing Manis & Darah Tinggi
11. Pening bahagian belakang



KENAPA PERLU PILIH ANGIO JUS❔

✔️ DIBUAT 100% dari jus campuran botani. Dijamin berkesan, inshaaAllah!
✔️ TIADA campuran air dan pengawet.
✔️ TIADA pantang larang kerana 100% bahan semulajadi.
✔️ TIADA kesan sampingan.
✔️ Dikilangkan di bawah seliaan "Groom Big Program" (usahawan didikan usahasama MITI dan SIRIM).
✔️ Pengkelasan KKM sebagai produk makanan No Rujukan: 250116/01/001.
✔️ Bahan-bahan yang digunakan terjamin dipilih dari kualiti terbaik!
✔️ BOTOL KACA. Kenapa kami menggunakan botol kaca? Kerana botol kaca dapat menjaga kualiti jus, dan mengelakkan penghakisan botol dan tindak balas kimia.


Untuk mengatasi masalah di atas, hubungi kami:
📱Whatsapp ----------------------- ke "013 208 7807"

Stokis, Pengedar dan Agen diperlukan di Seluruh Negara.Berminat untuk sertai Angio Jus sebagai rakan niaga, hubungi kami:
📱Whatsapp ----------------------- ke "013 207 7808"

Labels: ,