Sunday 19 March 2017

Kebaikan Cuka Epal Dari Sudut Kesihatan

Salah satu daripada enam bahan yang ada di dalam Angio Jus adalah cuka epal. Seperti yang diketahui umum, cuka epal sememangnya mempunyai banyak khasiat. Ia digunakan di dalam pelbagai situasi termasuklah dalam rawatan demam dan selsema. 
Pengambilan cuka epal telah menjadi amalan di kalangan penduduk di benua Amerika Utara sejak dari dulu lagi. Namun, sejak kebelangan ini, ia telah tersebar ke benua-benua lain termasuklah Asia. Ada juga yang mengamalkan cuka epal untuk merawat kencing manis, masalah jantung, kolesterol tinggi, masalah berat badan dan pencegahan untuk kanser. 

Terdapat pelbagai khasiat cuka epal dari sudut kesihatan, untuk mengetahui dengan lanjut, jom baca sampai habis ya 😊 


Kebaikan Cuka Epal Dari Sudut Kesihatan


1. Mengawal Paras Gula Dalam Darah Di Kalangan Pesakit Kencing Manis

Cuka epal boleh membantu meningkatkan sensitiviti reseptor insulin terhadap hormon tersebut. Oleh itu, ia dapat mencegah paras gula dalam darah daripada meningkat secara tidak terkawal. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan di Arizona State University oleh Dr Carol S. Johnston, beliau mendapati pesakit yang mengamalkan pengambilan 2 sudu besar cuka epal sebelum tidur mampu menurunkan paras gula di dalam darah sebanyak 4%-6% pada keesokan pagi. Selain itu, Dr Carol S. Johnston juga telh mendapati pengambilan 20g cuka epal yang dibancuhkan dengan 40g air suam sebelum makan berupaya untuk menurunkan paras gula sebanyak 34%.

Berdasarkan kajian yang dilakukan di University of Tokyo juga telah mendapati asid asetik yang terkandung di dalam cuka epal berupaya untuk merencat aktiviti-aktiviti enzim-enzim pencernaan karbohidrat iaitu sucrase, maltase, lactase dan amalase. Akibatnya, tidak banyak karbohidrat yang akan diserap oleh usus dan sekaligus menghindarkan peningkatan paras gula dalam darah selepas makan. Oleh itu, dengan mengamalkan Angio Jus secara konsisten, akan membantu untuk mengawal paras gula dalam darah di kalngan pesakit kencing manis, inshaaAllah.

Testimoni Angio Jus dari Cik Puan Izzaien

2. Menurunkan Paras Kolesterol

Cuka epal dapat membantu menurunkan paras kolesterol jahat (LDL-cholesterol) dan lemak di dalam badan kerana ia boleh meningkatkan rembesan hempedu dan metabolissme lemak di dalam hati. Berdasarkan satu kajian di Jepun, ia mendapati bahawa mereka yang mengambil 15g cuka epal setiap hari boleh mengurangkan tahap kolesterol bagi orang yang terlibat di dalam kajian tersebut. Dengan ini, Angio Jus terbukti dapat membantu menurunkan kadar kolesterol di dalam saluran darah anda.

Testimoni Angio Jus dari Kak Rosnah

3. Membantu Membuang Toksin Daripada Badan

Cuka epal dapat membantu proses perkumuhan toksin daripada badan. Ini kerana ia dapat melancarkan fungsi hati untuk mendetoksifikasikan toksin dan asid asetik yang terkandung di dalam cuka epal boleh bergabung dengan toksin yang terkumpul di dalam darah untuk menyahtiksinkannya.

4. Melegakan Penyakit Resdung Dan Batuk

Asid asetik yang terkandung di dalam cuka epal dapat membantu mencairkan mukus dan bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh bakteria yang terkumpul di dalam saluran pernafasan.

5. Melancarkan Penghadaman

Asid asetik yang ada di dalam cuka epal juga dapat bertindak sebagai antibiotik untuk membunuh kuman yang berbahaya. Kandungan pektin yang tinggi di dalam cuka epal boleh merawat sakit perut yang disebabkan oleh kekejangan sistem penghadaman.

6. Membantu Melegakan Sakit Tekak

Dengan mengamalkan pengambilan cuka epal secara konsisten, ia dapat mencegah dan membantu melegakan sakit tekak. Ini kerana, tindakan asid asetik sebagai antibiotik dapat membunuh bakteria-bakteria yang menyebabkan radang tekak.

7. Meningkatkan Metabolisme

Kandungan postassium di dalam cuka epal dapat membantu meningkatkan tenaga dan menghindarkan badan daripada mudah berasa lesu. Di samping itu, cuka epal juga dapat menghindar pengumpulan asid laktik semasa bersenam yang boleh menyebabkan badan lesu dan sakit.

Secara ringkasnya, cuka epal ini mempunyai banyak kebaikan dan khasiat, terutamanya untuk kesihatan. Oleh itu, tersangatlah rugi bagi kita jika tidak memanfaatkan khasiat yang ada di dalam cuka epal ini. Dengan itu, amalkanlah Angio Jus setiap hari 😊

Hasil daripada kajian ini juga membuktikan sekali lagi bahawa Angio Jus dapat membantu menyelesaikan masalah kesihatan anda. InshaaAllah dengan mengamalkan Angio Jus secara konsisten, paras gula anda terkawal, paras kolesterol anda turun, sistem penghadaman anda juga lancar dan dapat membuang toksin daripada badan anda.

Kami berharap artikel ini membantu anda dalam apa jua situasi dan keadaan, semoga bermanfaat!

Sekian 😍

Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home